Monday, February 5, 2018

7 Cara Hilangkan Jerawat

Apa itu Jerawat

Jerawat ni adalah masalah umum, masalah biasa, yang mana sebahagian besar manusia di seluruh pelusuk alam pernah mengalaminya.


     Ada beberapa bahagian pada tubuh yang biasa ditumbuhi Jerawat dan yang paling umum adalah wajah. Selain timbulnya gejala-gejala seperti kulit berminyak dan munculnya bintik-bintik, kadang-kadang Jerawat juga menyebabkan kulit terasa panas dan sakit ketika disentuh.  

--------------------------------------------------

Jenis-jenis Jerawat


Terdapat beberapa jenis Jerawat. Yang paling ringan adalah whiteheads sehinggalah kepada jenis yang kronik yang mana akan meninggalkan bekas luka.

  • Whiteheads

Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah Jerawat jenis ini. Ia biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.

  • Blackheads

Jerawat ini pula adalah adik-beradik kepada whiteheads juga cuma berlainan warna. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.

  • Papul

Jerawat jenis ini merupakan sejenis radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.

  • Pustul

Jerawat jenis pustul kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).

  • Nodul

Ini adalah sejenis Jerawat yang kronik jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.

     Jika ia tidak dirawat dengan betul, nodul Jerawat akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan lagi, apabila ruang radang adalah lebih besar, maka lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut Jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.

--------------------------------------------------

Faktor Penyebab Jerawat

Jerawat akan muncul tidak kira usia berapa pun, namun perubahan kadar hormon selama fasa baligh adalah faktor yang kerap dikaitkan sebagai penyebab-penyebabnya. Perubahan hormon tersebut akan berkait kepada kelenjar penghasil minyak atau sebum yang letaknya di folikel rambut pada kulit.


     Peningkatan aktiviti kelenjar ini akan menyebabkan penghasilan sebum pada wajah bertambah. Tompokan sebum yang terhasil ini akan bergabung dengan kotoran dan sel kulit yang mati, yang mana kemudiannya akan menyumbat liang pori.


     Pada saat liang pori tersumbat dan dengan banyaknya tompokan sebum pada permukaan kulit, bakteria Propionobacterium acnes berkembang dengan cepat. Bakteria inilah merupakan bakteria penyebab Jerawat

     Propionobacterium acnes melepaskan toksik yang akan mengiritasi kulit. Kesan daripada iritasi inilah yang menyebabkan kulit memerah dan membengkak, di samping menyebabkan timbulnya nanah di bawah kulit.


     Lapisan dalam folikel rambut juga akan menebal akibat perubahan kadar hormon dan menyebabkan tersumbatnya liang pori kulit. Penyumbatan liang pori ini tidak akan hilang meskipun kulit telah dibersihkan.

     Selain pada masa baligh, Jerawat juga dialami para wanita akibat perubahan hormon yang terjadi selama tempoh menstruasi dan masa kehamilan. 

     Jerawat juga diketahui disebabkan oleh faktor keturunan. Kemungkinan besar seseorang akan memiliki jerawat jika kedua orang tua berjerawat juga.

--------------------------------------------------

7 Cara Hilangkan Jerawat

1. Pakai krim atau gel anti-jerawat jika Jerawat tersebut baru muncul. Ini dapat membantu  mengecut dan menghilangkan kesan Jerawat. Namun, bukan semua orang sesuai dengan cara ini. Tiada masalah bagi anda yang sudah biasa memakai krim. Hal ini kerana ada juga antara anda yang mengalami alahan kulit jika memakai sesuatu krim di muka.

2. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Hal ini kerana Jerawat juga muncul disebabkan oleh cara pemakanan anda. Lebih baik anda jaga cara pemakanan anda. Kurangkan makanan yang berminyak. 


3. Mencuci muka dengan bersih setiap hari. Bagi wanita yang selalu memakai mekap yang tebal, mohon cuci dengan bersih sebelum tidur. Pastikan anda mencuci muka dua atau tiga kali sehari untuk membuang segala kotoran serta membersih dan membuka liang pori yang tersumbat di muka. Perlu diingatkan, anda perlu menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Contoh : jika kulit anda berminyak, maka carilah pencuci yang khusus untuk membersihkan minyak di muka dan dapat mengurangkan Jerawat juga.

4. Jangan selalu sentuh muka atau memicit Jerawat! Ramai yang gatal tangan dan ramai juga yang tidak mencuci tangan selepas melakukan sesuatu. Ini yang menjadi punca Jerawat membiak dan meninggalkan parut jika anda memicitnya. Ini adalah penting kerana tangan kita ada banyak kuman yang tersembunyi yang akan mengganggu kulit wajah kita. Sebaiknya, pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas melakukan apa-apa aktiviti.

5. Pergi ke klinik Dermatologi jika keadaan kulit muka dan Jerawat anda semakin teruk. Doktor pakar kulit dapat membantu anda dengan memberi ubat yang sesuai untuk baik pulih keadaan kulit wajah anda. Walaupun kos agak mahal tetapi selamat untuk anda dapat kulit yang sihat.

6. Pilih produk kecantikan yang berkualiti dan mengandungi bahan semula jadi seperti Set Hilangkan Jerawat Shaklee. Jangan pilih yang murah atau yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan sebagainya. Ramai antara anda yang merana akibat tersalah memilih produk. Nak cantik cepat tetapi tidak fikir kesannya pada masa hadapan, meranalah hidup anda kelak. Nak pulihkan semula kulit muka akibat Jerawat dan parut akan mengambil masa yang lama tau. Jadi, berfikirlah dengan bijak.

--------------------------------------------------

Set Hilangkan Jerawat Shaklee

Set Hilangkan Jerawat Shaklee ini terdiri daripada lima produk iaitu ESP, Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder dab GLA complex.

  • ESP
ESP atau Energizing Soy Protein adalah sumber protein yang berkualiti. Protein penting untuk merawat Jerawat dan kulit kerana protein merupakan bahan untuk membina sel-sel baru. Jika protein berkualiti yang dibekalkan maka sel baru yang terbentuk adalah lebih sihat. 

  • VITAMIN C
Sustained Released Vitamin C juga bahan yang penting untuk merawat Jerawat dan parut-parut pada kulit. Bukan sahaja ia membantu untuk menggalakkan badan menghasilkan kolagen semulajadi, Vitamin C membantu untuk meningkatkan imuniti dan sistem pertahanan badan. Oleh itu, badan menjadi lebih tahan kepada serangan bakteria dan virus.

  • VITAMIN E
Vitamin E dapat merawat Jerawat dan kulit kering dengan membantu melancarkan penghasilan sebum. Namun, Vitamin E tidak sesuai untuk anda yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana ia akan menjadikan kulit anda lebih berminyak. 

  • COLLAGEN POWDER
Collagen Powder dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi oleh badan. Sumbernya yang asli dan bebas toksik berat sangatlah penting untuk merawat Jerawat dan kulit anda.

  • GLA COMPLEX
GLA Complex membantu menaikkan seri wajah dan menggebukan kulit. Ia membantu menyeimbangkan penghasilan hormon, mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan Jerawat.

--------------------------------------------------


Boleh hubungi saya, Karmila Karim untuk konsultasi dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :) Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.

Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1202482

Hubungi kami: 019 981 9196 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Seluruh Malaysia
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

5 comments:

  1. Pengalaman saya sendiri, saya pernah menghabiskan lebih RM500 utk buat rawatan kulit muka. Sedih, sbb tiap bulan buat, tp hasil sgt minima.
    Tp, Vit C Shaklee yg org dok kata mahal tu, yg akhirnya menjadi penyelamat sy. Xde lah kulit jadi plawless mcm retis, tp kalau dah naik tu, cepat2 double dos drp biasa, Cik J terus malu2 nak teruskan kehidupan. Haha

    ReplyDelete
  2. Memang pun! Hormon tak stabil pun boleh naik jerawat..macam saya..kejap ada kejap tak ada..kena amek makan masa sikit dah pulihkan balik😥

    ReplyDelete
  3. Muka kak anis x pernah lagi tumbuh jerawat lepas amalkan vitamin c shaklee. Best sgt.

    ReplyDelete
  4. Dulu jerawat suka sangat hinggap kat dahi smpai berparut sebab tangan asyik nak pegang picit aje. Hehe. Skrg mslh jerawat memang takde ikhtiar dengan Vitamin C Shaklee. Puas hati.

    ReplyDelete
  5. Wah banyaknya jenis jerawat...
    Memang kena usaha bagi jerawat tu x naik atas muka ni, kena cepat2 consume set ni nampak gayanya

    ReplyDelete