Thursday, December 8, 2016

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

zaman sekarang ni peralatan kita semua dah canggih. semua ada sambungan wifilah, software itulah, sambungan inilah. nak Bisnes Online Dari Rumah pun sama juga. kena ada peralatan yang up-to-date kata orang. Bisnes Shaklee koi ni pun apa kurang. kalau tak, susah lah nak jadi Pengedar Shaklee Temerloh on the go, ye dok?? 😁😁


tapi koi ni bab tepon, bab software, bab jenama, gb mb segala memang lemah sikit.. eh bukan sikit.. banyak lemahnya 😂😂😂 guna tepon terer, dalaman nya koi tak tahu hihi

tepon yang dipakai sekarang ni enche abg Ahmad Fadzly Hamzah yang pilih.. dia lah yang citer kebagusan tepon ni.. camera blablabla memory blablabla software blablabla.. betullll.. blablabla tu je yang masuk kepala otak ni haha. blur betul sebab tak nampak bahagian² tu depan mata. part rega je koi take note sikit.. sikit je sebab abg jugak yang bayar hihi muah ciked 😘😘.. 



bila orang tanya kenapa beli tepon ni, koi pun senyum and jawab "tanya abg. dia cakap tepon ni bagus. jangan tanya koi." 😅😅😅

tepon² sebelum ni pun abg jugak yang pilih. koi ni memang jarang tukar tepon. cermat la jugak hihi tapi abg yang nak belikan yang baru. kena upgrade sikit sebab tepon lama tu bateri cepat sangat nak mampuih. baru je cas, lepas 2 jam dah nak kena cas semula. lagik² kalau aktif online ke whatsapp ke.. lagi cepat makan bateri

dia kesian nengok koi terkial² nak mengecas sambil melayan whatsapp dan Bisnes Shaklee koi.. tengah cas mana boleh main tepon kan. so memang tergendala semua kerja² bisnes sebab tepon kena cas setiap 2 jam.



aaa sebab tu memang kena upgrade sikit kita punya peralatan. tak perlulah nak canggih sangat tapi peralatan tu hendaklah dapat digunakan untuk memudahkan kerja kita. terutamanya untuk kita yang memang bersemangat nak buat Bisnes Online Dari Rumah ke, Bisnes Online Tanpa Modal ke.. macam Bisnes Shaklee ni 😉😉

laptop memang ada tapi line internet pulak tak berapa nak ada hihi.  itu yang lagi satu dalam wishlist Bisnes Shaklee koi. nak pasang unifi ke streamyx ke kat rumah.. itu insya Allah akan dilaksanakan tahun hadapan. hadapan bila tu ye? hihi

setakat ni, koi bertahanlah dengan tepon vivo max 3 ni.. urus Bisnes Online Dari Rumah thru tepon je. layan pesanan, order barang, update dan berbincang dengan mentor.. aaa nak Daftar Ahli Shaklee pun boleh jugak buat guna tepon ni.



nak tahu Cara Mudah Daftar Ahli Shaklee Online? 
klik --->

nak tahu Faedah Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya? 

No comments:

Post a Comment