Thursday, November 17, 2016

Produk Shaklee di saat Banjir


Gelapkan langit.. hari ni mendung lagi..  insya Allah kejap lagi hujan agaknya..  sebut hujan akan teringat banjir. so, hari ni nak share sikit pasal produk shaklee di saat banjir.

alhamdulillah.. sejuk bumi temerloh kebelakangan ni. syukur sangat² sebab hampir setahun jugaklah temerloh panas.. sampai surut air sungai Pahang te.. ni dah start hujan lebat sekali sekala, dah mula berair kembali sungai tu

ini pun lambat jugaklah angin monsun timur laut bertiup ke sini. biasanya dari bulan 9 bulan 10 dah mula. papepun tetap bersyukur.. semoga tanah² yang kering, tanaman² yang hampir mati bertahan dalam kemarau, kembali mencurahkan rezeki

tak sangguplah nak banjir besar pulak macam tahun 2014.. hihi tahun yang mengujakan untuk saya sebab kali pertama menghadapi bencana banjir besar.. sekolah pun jadi mangsa.. so tak payah ke sekolah.. tapi putuslah hubungan dengan bandar temerloh. duduklah pusing² sekitar paya pulai - kg awah.. bosan duk di rumah, ulang alik jalan area tu hihi. kawasan lain tak dapat nak dituju sebab jalanraya semua ampuh dek air.. 

rumah mertua di kampung tu memang setiap kali banjir besar akan menjadi mangsa.. taklah ampuh dek air sebab rumahnya atas bukit, tapi akan terputuslah hubungan dengan luar. yelah, rumah kat tebing sungai Pahang.. bila air dah melimpah tu memamg kompem jalan² akan ampuh. dah la ampuh, dalam dan deras pulak tu. tak dapat nak lalu dengan kenderaan darat. the only kenderaan yang boleh nak diguna untuk balik ke rumah mertua adalah bot. 

orang kampung memang siap sedia ngan bot dan minyak petrol banyak². jadi merekalah yang akan berkhidmat sebagai teksi nak balik ke rumah masing² time banjir hihi. uuu excited saya nak try naik bot nempuh air deras tu tapi risau la jugak.. saya ni tak pandai berenang.. pape jadi dalam perjalanan tu, lagik menyusahkan orang pulak. so sampai sekarang tak berani lagik nak cuba hihi.

mertua memang selalu dah prepare nak hadapi musim banjir. bila nampak air sungai dah nak melimpah memang awal² siap sedia. samaada nak terus stay di kampung or duduk rumah anak² di kawasan tak banjir. tapi tak boleh jugak nak tinggalkan rumah kosong gitu je. so prepare jugak beli makanan dalam tin, biskut², maggi, beras, susu, gula, teh kopi untuk orang yang akan tinggal di kampung jaga rumah. selain tu siap² beli lampu gas 2 3 bijik, minyaknye, lilin, air mineral bergallon².. macam² lah.. 

dulu masa saya tinggal dengan mertua, setiap kali musim banjir, ayah mertua dah risaukan saya. suruh suami saya bawak saya duk di rumah kakak ipar or duduk tempat lain time cuti sekolah tu. saya pun pelik jugak sebab saya excited ni nak duk di kampung. nak merasa jadi mangsa banjir. duk terkepung di rumah je, boleh rehat², boleh lepak² tengok tv. 

haha tergelak ayah mertua saya.. "time banjir mana dapat tengok tv. mana ada letrik. air bersih pun takde. nak mandi susah, nak buang air susah." tapikan rumah aboh kan tak naik air? haha naive nye saya. nampak sangat tak pernah kena banjir.. haha sebab rumah ayah saya di kuching tak pernah kena banjir (seingat sayalah hihi) kalau ada pun baniir, setakat naik kat jalan je and still boleh dilalui kenderaan.

apparently, masa banjir besar, protokol wajib adalah memutuskan bekalan letrik untuk mengelakkan berlakunya renjatan. selain tu, pam air ke kawasan banjir jugak ditutup. so memang terputus betullah.. 

sebab tu bagi mereka yang dah biasa dengan banjir besar dah siap siaga dengan bekalan². yang dah biasa and tahu rumah akan dinaiki air, dah siap siaga dengan bekalan untuk ke tempat perpindahan mangsa, dah kumpul² dokumen yang penting, dah angkat apa² yang nak diselamatkan ke tempat yang lebih tinggi. 

bekalan makanan yang diprepare untuk banjir ni biasanya adalah makanan segera, makanan kering dan makanan dalam paket, sumber nutrisi memang tolak tepi. dalam keadaan sumber air bersih pun susah nak dapat, memang kesihatan mangsa² banjir (yang tak nak berpindah ke tempat khas) akan terabai. nak² kanak².. pantang nampak air bertakung gitu mulalah nak main air bah.. seronok berkubang mandi air banjir.. hihi bukan budak kecik je, remaja belia pun tak ketinggalan. kekadang dengan mak ayah pun join main. berakit lah, bersampan lah.

banjir banjir jugak.. kesihatan dan keselamatan tetap dan mesti diutamakan. time banjir banyak wabak akan tersebar. wabak bawaan air biasanya. seperti malaria, kencing tikus, cirit birit, demam, denggi.. aish, segala makneka penyakit la boleh tersebar. semua yang berkaitan dengan kebersihan. yelah, time banjir banyak binatang yang mati lemas, segala sampah² akan timbul dan tersangkut di mana² ditambah lagi dengan barang² rumah yang hanyut. 

selain dokumena dan bekalan makanan serta peralatan yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi banjir, ubat²an serta vitamin juga perlu nye. bagi yang memang bergantung dengan ubat klinik, memang kena awal2 dah mintak bekalan untuk 2 bulan (itupun kalau klinik bagi memandangkan bekalan ubat sedikit terhad sekarang ni). 

jadi, sebagai SID shaklee yang prihatin, meh saya nak senaraikan produk shaklee yang perlu di saat banjir

  1. vitamin c untuk menguatkan imuniti badan
  2. nutriferon untuk melawan virus² yang hinggap dalam badan
  3. esp untuk bekalkan protein 
  4. performance drink untuk bantu kekalkan hidrasi badan
  5. vitalea untuk kesihatan secara umum
  6. hb cream untuk sapu² kat kulit yang digigit nyamuk

aaa itulah antara produk shaklee di saat banjir yang perlu disiapkan. takde lagi? meh order kat saya 😊😊

karmila karim
019 981 9196

No comments:

Post a Comment