Tuesday, November 1, 2016

Kepentingan Omega untuk Ibu Mengandung

hari ni nak kongsi tentang kepentingan OMEGA kepada ibu mengandung

apelah OMEGA omega yang selalu dengar dan tengok dalam iklan ni? dalam susu la, dalam minyak masak la.. omega 3 la omega 6 la..

okay, saya terangkan secara ringkas ye.. OMEGA ni datangnya daripada minyak ikan. khasiat dalam minyak ikan yang duk kat nuuuunn laut dalam nu.. bukan senang nak derived omega ni.. memang menggunakan kepakaran dan kudrat.. itu citer lain kali ye hihi

Ok apa yang best sangat pasal omega ni ye? 😮😮 

poin PENTINGnya di sini ialah omega sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak. omega 3 terutamanya. aaa macamana tu ye?

lemak asid omega 3 ni diperlukan untuk kesihatan secara general. maknanya dalam diet harian kita ni mesti ada omega 3. penting ni untuk menyeimbangkan ambilan omega 6 yang biasanya lebih banyak dalam makanan yang kita makan. 

aish penting ni tau sebab omega ni ada kena mengena dengan hormon.. tak betul ambilan kita ni akan mengucar kacirkan paras hormon kita.. nampak tak betapa pentingnya omega 3 ni? dah berapa kali dah tulis perkataan penting ni hihi

lemak asid dalam omega 3 ni jugak merupakan bahan untuk membina sel otak kita. aaa nampak tak kepentingan omega 3 ni.. makin kaya otak kita dengan omega, makin kuat daya  ingatan, tumpuan dan fungsi kognitif kita. 

jadi, kalau bekalan omega 3 ke otak kita mencukupi, otak kita akan dapat sokongan yang cukup untuk berfungsi dengan baik. nampak? penting ke penting omega 3 ni 😉😉😉

yang paling penting (penting lagi 😊😊) omega 3 mempunyai efek untuk melambatkan proses penuaan di otak.. jadi, kebarangkalian bagi pemakan omega 3 yang tegar untuk mendapat penyakit akibat penuaan seperti Alzheimer dan nyanyuk adalah lebih rendah berbanding mereka yang kurang makan omega 3. 

Nampak tak betapa PENTINGnya untuk kita makan omega 3. check balik makanan yang kita makan seharian.. ada tak makanan yang mengandungi omega 3? cukup ke tak ambilan omega 3 kita seharian?

untuk para ibu mengandung, semua faedah omega 3 yang diterima oleh badan si ibu akan dapat juga kepada fetus yang dikandung tu.. aaa dari dalam perut lagi otak anak dah diperkaya dengan omega 3. dari dalam rahim lagi pembinaan dan perkembangan otak anak dah diperkukuh dengan sokongan yang kuat.

kan berbaloi baloi tu?

rugi kan kalau ibu² mengandung melepaskan peluang untuk menyihatkan otak di samping membentuk bakal anak yang juga sihat cerdas otaknya.. penting ni supaya generasi yang lahir seterusnya adalah generasi yang lebih berkualiti.. sihat mental dan sihat fizikal. 

risau jugak nengok ke keadaan manusia zaman sekarang ni. yang dah semakin cetek akal, semakin dangkal fikiran, semakin lepas perilaku.. semoga kita semua terlindung daripadanya 😢😢

karmila karim
019 981 9196

No comments:

Post a Comment