Friday, April 22, 2016

KEPENTINGAN DETOKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi nak bercerita pasal detoks.. sebelum tu, dah Daftar Ahli Shaklee ke belum? haa cepat2 taip DAFTAR AHLI dan hantar ke 019 981 9196. Nak tahu Faedah Ahli Shaklee? aaa jangan malu jangan segan untuk kontek koi yak hihi 


excited tau sebab Shaklee tengah berkempen tajuk Detoks sepanjang tiga bulan ni.. April, Mei, Jun.. aaa tiga bulan terus kempen ni.. sangat2 best sebab kalau betul2 buat detoks selama tiga bulan ni, insya Allah dengan izin Allah, sistem detoks semulajadi badan kita akan mantap..

eh apa detoks ni sebenarnya.. sana sebut detoks, sini sebut detoks.. ni saya nak citer sikit.. detoks atau detoksifikasi adalah proses penyingkiran bendasing atau toksin daripada sistem badan kita.. 

Dari mana pulak datangnya bendasing dan toksin2 tu? well dearies, toksin2 ni berada di sekeliling kita.. kita hadapi toksin2 ni setiap hari dan setiap masa.. ia masuk ke dalam badan kita dengan setiap nafas kita, bila kita makan dan minum.. even bila kita bersenam. percaya atau tidak, badan kita mengumpulkan toksin lebih banyak daripada sistem semulajadi badan kita dapat menyingkirkannya. 

oleh sebab itu kita kena bantu sistem semulajadi badan kita untuk menyingkirkan toksin2 berbahaya tu dengan lebih cekap..

tahukah anda kadar pencemaran udara dan jerebu yang tinggi di Malaysia ni telah meningkatkan peluang rakyat Malaysia untuk menghidap penyakit2 kronik pernafasan seperti asma, kegagalan fungsi paru2, jangkitan penyakit respirotari, dan penyakit kulit dan mata.




5 sumber toksin di persekitaran kita
  • makanan - makanan yang diproses, pewarna dan perisa tiruan serta tambahan, dirawat dan terdedah dengan racun2 serangga dan haiwan perosak

  • air - sumber air yang kita minum telah melalui proses rawatan secara kimia.. ia datang daripada air hujan (sekarang ni hujan kita penuh dengan asid a.k.a hujan asid), air aliran di atas atau di dalam tanah (yang melalui sampah2 dan bendasing tidak terurai yang tertanam di dalam tanah) serta air sungai (yang kebanyakkannya telah dicemari dengan sampah sarap kita)

  • udara - yang sedang tercemar sekarang ni dengan asap (pembakaran sampah dan tanaman, rokok, kenderaan dan kilang2)

  • gaya hidup - makan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, makan secara melampau, tidak bersenam, tidur tidak mencukupi, terlalu stress (kerana kerja, kesesakan, sikap jiran/rakan sekerja)

  • badan kita sendiri - secara semulajadi, badan kita menghasilkan toksin setiap hari yang mana sepatutnya akan terus disingkirkan setiap hari.. namun dek kerana 4 faktor yang di atas tu, kandungan toksin di dalam badan menjadi sangat tinggi lantas menyebabkan proses penyingkirannya sesak.. macam kesesakan lalulintas la jugak.. jalan 3 lorong tapi tetiba penuh kereta sampai bersesak2 jadi 5 6 lorong.. tak dapat nak bergerak ke mana2.. 

kerana itulah toksin berkumpul di dalam badan kita.. memang ia disingkirkan tapi proses penyingkiran banyak terhalang dan terjejas.. disebabkan itulah kita perlu detoks.. untuk membantu mengoptimumkan kecekapan organ2 detoks kita..

"Objektif utama untuk detoks adalah untuk membantu sistem mekanisme detoks semulajadi badan kita agar kembali berfungsi pada kadar optimum." ~ejazbeuty

so, sempena kempen detoks Shaklee ni, apa kata sama2 kita manfaatkannya semaksima yang boleh.. rugi sangat kalau lepaskan peluang ni.. antara sebabnya:
  • akan dapat beli SET DETOKS pada harga VIP
  • automatik akan didaftarkan menjadi ahli secara PERCUMA
  • setiap belian set akan disertakan dengan beg kertas #liveamazing #hiduphebat sebagai cenderahati (selagi stok masih ada)
  • akan dibantu dan dipantau oleh pakar nutrisi sepanjang mengikuti program ini
  • akan dimasukkan dalam kumpulan WA/Tele khas untuk sokongan tambahan


Dah kenal belum Stokis Shaklee Temerloh? Jom berkenalan dengan koi. klik link ni ---> Stokis Shaklee Temerloh


Nak tahu Cara Detoks Mudah? Baca kat sini 


Baca Faedah Daftar Ahli Shaklee di sini --->




Thursday, April 21, 2016

KEMPEN DETOKS SHAKLEE APRIL-JUN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Berita baik untuk semua.. Shaklee sedang mengadakan Kempen Detoks selama 3 bulan bermula April ini sehingga Jun.. wah memang best berita ni sebab sekarang ni pun dah masuk bulan Rejab.. memang sangat2 bersesuaian untuk kita bersihkan dalaman kita ni.. preparation menjelang Ramadhan..

Detoks ni penting.. untuk membersihkan hati, pundi2, perut dan usus2 kita.. penting tau nak bersihkan semua ni.. daripada kerak2 toksin dan sisa2 makanan yang melekat2 dan menempel2 di dinding2 organ kita.. bertahun2 tu.. 

kenapa penting nak bersihkan semua2 tu? banyak kebaikannya.. yang paling utama adalah untuk memantapkan hati kita.. membantu hati kita ni untuk melakukan proses penyingkiran toksin dengan lebih optimum.  

sebab tu la walaupun bertong2 dan berbotol2 suplemen yang ditelan, semuanya tidak membuahkan hasil.. nak kurus tak kurus2 jugak, nak kulit licin makin naik pulak jerawat dan jeragat, nak sihat tapi masih jugak banyak masalah.. malah bertambah2 huhu..

semuanya sebab toksin dan kerak2 lebihan makanan yang tidak berjaya disingkirkan oleh badan.. eh? kenapa tak disingkirkan?? hihi itu saya akan bincangkan dalam entri lain ye..

berbalik pada kempen detoks Shaklee ni.. rugi sangat kalau tak join.. sebabnya:

  • akan dapat beli SET DETOKS pada harga VIP
  • automatik akan didaftarkan menjadi ahli secara PERCUMA
  • setiap belian set akan disertakan dengan beg kertas #liveamazing #hiduphebat sebagai cenderahati (selagi stok masih ada)
  • akan dibantu dan dipantau oleh pakar nutrisi Shaklee sepanjang mengikuti program ini


detoks ni bukan hanya melalui pemakanan.. detoks ni juga melibatkan gaya hidup dan persekitaran.. jangan risau.. saya tidak akan biarkan anda terkontang-kanting detoks sorang2.. bukan saya je yang akan bantu anda, anda juga akan saya linkkan dengan pakar nutrisi Shaklee.. juga group support yang lain untuk memotivasikan anda hihi

untuk tahu langkah detoks yang mudah, boleh baca di entri saya 6 langkah mudah untuk detoks.. tapi kalau nak tahu cara detoks yang lebih holistik dan menyeluruh, siap ada pelan pemakanan dan carta, boleh hubungi saya dengan segera ye..