Thursday, November 5, 2015

Masalah Kuku Rapuh.... A Journey to Recovery with Shaklee

Bismillahirrahmannirrahim.. Assalamualaikum n selamat sejahtera. hari ni Stokis Shaklee Temerloh ni nak share sikit pengalaman sendiri. sebelum tu, dah Daftar Ahli Shaklee ke belum? haa cepat2 taip DAFTAR AHLI dan hantar ke 019 981 9196. Nak tahu Faedah Ahli Shaklee? aaa jangan malu jangan segan untuk kontek koi yak hihi



Gamba tu adalah gamba kuku saya.. ye, betul!!! Buruk kan... Sejak 2013 lagi sebenarnya saya mengalami masalah Kuku Rapuh ni.

Saya pun tak ingat macamana ia bermula.. tak tahu pun penyakit ni ada nama hahaha.. Kuku Rapuh rupanya hehe (itupun setelah bertanya dengan en google)... yang pasti ia terjadi pada kuku ibu jari kiri pada 2013.. sekarang kuku ibu jari dan jari telunjuk kanan pulak..



Saya buat tak endah je ngan masalah ni.. tak terkesan sangat. Buat tak kesah.. eh bukan buat2 tapi memang tak kesah pun sebab kat kuku je pun.. tak menggangu pun saya nak buat kerja.. 

tapi kadang2 kuku tu akan tersangkut pada bilah2 lubang bakul baju ataupun bilah pembaris ke jarum ke tercucuk bawah kuku tu.. aduh laaa.. dalam banyak2 jari, jari yang ada Kuku Rapuh ni jugak laaa yang selalu jadi mangsa...

Baru2 nih Kuku Rapuh ibu jari kanan tersangkut lagi.. time tengah pilih2 baju dalam bakul.. kali ni serius.. macam nak tercabut kuku rapuh tu daripada jari.. mengalir air mata beb.. 3 4 hari jugak la hujung jari tu perit.. penggunaan jari pun jadi limited.. tak dapat nak bukak simpul2 plastik.. sakit woo!!


Aaa nampak tak hujung kuku tu dah terangkat daripada isi dia.. sakit tau!!

Teringat sorang kenalan pernah maklumkan yang nak ngubat jari ni kena pakai ubat yang ada steroid.. tapi bila tanya kenapa jari macam ni hehe dia pun tak tahu..

Sehinggalah ditunjuk snapshot jari tu pada rakan2 dalam group support Shaklee (identiti diri dirahsiakan hehe), straight away diorang sepakat menyatakan bahawa keadaan kuku tu menunjukkan bahawa pemiliknya kekurangan zink dan protein. Ditanya apakah nama penyakit ni terus mereka sebut Kuku Rapuh.. 

Bila ditanya lebih lanjut pada en google, jelas menunjukkan bahawa memang betul pun.. ini antara simptom awal yang menunjukkan bahawa saya kekurangan zink dan protein.. uish, ingatkan masalah biasa.. rupa2 nya saya telah mengalami difisiensi zink dan protein sejak 2013!! Dan saya boleh buat tak peduli je.. memang tak sayang ke diri sendiri..

So, setelah menelaah buku nutrisi Shaklee dan bertanya apakah supplemen yang boleh membantu menangani masalah saya, saya disyorkan set kesihatan asas plus zinc complex.

Ok.. sekarang saya sedang menjalani rawatan ye.. doakan saya cepat pulih dan Kuku Rapuh ni akan kembali cantik dan berkilat.. hehe tak pernah2 sibuk meninjau and mendokumentasi kesan sebelum dan selepas..

Ini gambar kuku hari pertama memulakan rawatan..
Jom tengok berapa lama kuku saya nak pulih..

Jadi, anda2 di luar sana yang mempunyai Masalah Kuku Rapuh macam saya janganlah malu untuk menghubungi saya, Stokis Shaklee Temerloh ni.. in sya Allah saya boleh membantu anda untuk mendapatkan kuku dan rambut yang cantik dan berkilat. Eh?? Apa kena mengena dengan rambut?? Nak tahu hubungi saya ye hehe..



Dah kenal belum Stokis Shaklee Temerloh? Jom berkenalan dengan koi. klik link ni ---> Stokis Shaklee Temerloh


Nak tahu Faedah Daftar Ahli Shaklee? Baca kat sini --->


Baca Cara Mudah Daftar Ahli Shaklee di sini --->



Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-9819196

No comments:

Post a Comment