Thursday, October 29, 2015

6 Cara Detoks Mudah

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi infomasi tentang 6 langkah mudah untuk detoks. Kenapa detoks?? Sebab itu masalah pertama yang saya consult sebagai Stokis Shaklee Temerloh ni hehe..


APA ITU DETOKS??? APA ITU TOKSIN??

Detoks atau detoksifikasi adalah proses menyah/membuang toksin daripada badan kita. Toksin tu apa pulak?? Toksin adalah bahan kimia atau racun atau bendasing berbahaya di dalam badan kita yang perlu dibuang. 

Bahan kimia ini boleh memasuki badan kita melalui udara (pewangi kereta, cat, asap rokok, perfume dan sebagainya) dan melalui makanan.. terutamanya makanan yang kaya dengan perisa dan makanan yang diproses (junk food, makanan segera).


KENAPA PERLU DETOKS???

Aaaa kenapa ye perlu detoks?? Kenapa perlu buang toksin2 tu.. ermm, dah namanya bahan kimia beracun dan berbahaya maka perlulah ia dibuang..

Badan kita memang secara semulajadi membuang (melalui usus) dan mendetoksifikasi (melalui hati) toksin2 dalam badan. Namun adakalanya berlaku kepincangan tugas organ2 itu menyebabkan proses itu berlaku dengan tidak sempurna. Kepincangan berlaku boleh disebabkan oleh jumlah toksin yang terlalu tinggi di dalam badan ataupun organ2 itu telah lemah atas faktor usia ataupun masalah kesihatan lain. 

Apa yang akan jadi kalau bahan kimia itu dibiarkan dalam badan?? Yg biasa2 dialami dan dianggap tak serius adalah pening kepala, mual, selsema dan gatal2. Ermm, tak serius la sangat..

Mari saya senaraikan apakah kesan2 serius toksin berlebihan dalam badan:
     ◎ jerawat di muka dan badan
     ◎ alahan
     ◎ masalah penghadaman
     ◎ cirit birit
     ◎ angin dalam badan
     ◎ berat badan berlebihan
     ◎ masalah kulit
     ◎ insomnia
     ◎ haid tidak teratur
     ◎ proses penuaan lebih cepat
     ◎ emosi tidak stabil
     ◎ badan tidak dapat menyerap nutrisi 
        dengan sempurna

Aaa nampak tak?? Hanya kerana toksin berlebihan dlm badan bnyk masalah kesihatan lain berkait.. kerana nutrisi tidak dapat diserap dengan sempurna oleh badan. Makan la bnyk2 makanan kesihatan, makanan berkhasiat.. semuanya akan sia2 sebab toksin dlm badan.

So, nak cantik, nak sehat, nak kawal berat badan, nak awet muda, nak semua2 tu perlulah detoks dulu.. kerana TOKSIN ADALAH ROOT CAUSE PADA MASALAH KESIHATAN YANG LAIN..eh tercapslock dan bold pulak hehe.. 


6 LANGKAH MUDAH UNTUK DETOKS

Sini saya kongsikan 6 langkah mudah untuk detoks.. sangat2 mudah dan boleh buat sendiri.

1. Minum banyak air kosong 
Ini adalah cara detoks semulajadi. Minum air yang banyak akan mengekalkan hidrasi tubuh dan membantu melancarkan proses pelawasan dan penghadaman.

2. Beriadah
Beriadah juga penting untuk mengeluarkan peluh sekaligus membuang toksin secara semulajadi. Bersenam, melakukan yoga, zumba, berkebun.. buatlah aktiviti riadah yang digemari.

3. Minum air limau/lemon/Infused Water
Air limau atau lemon atau Infused Water juga berkesan untuk detoks. Air akan menghidrasi tubuh manakala kemasaman akan menyeimbangkan keasidan tubuh dan melancarkan proses pencernaan.

4. Minum teh hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan. Ia akan membantu hati menghasilkan enzim2 yang penting untuk detoksifikasi dengan lebih cepat.

5. Makan sayur dan buah
Makan sayur dan buah dengan lebih banyak mempercepatkan detoks kerana keduanya mengandungi serat dan juga sangat kaya dengan antioksidan. Ini akan membantu proses pelawasan dan pembuangan melalui usus.

6. Makan set detoks Shaklee
Set detoks premium Shaklee terdiri daripada Alfalfa, Herblax, OsteMatrix, DTX Complex, Vivix dan Phytocol. Setiap produk ini mengandungi bahan2 semulajadi dan membantu proses penghadaman dan pelawasan.

Nak tahu lebih lanjut tentang setiap produk dalam set detoks ni?? Hubungilah saya, Karmila Karim, Stokis Shaklee Temerloh anda. Nanti saya terangkan satu2 macamana produk2 tu membantu untuk detoks.

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-9819196

No comments:

Post a Comment